1. FAHAMKAN KONSEP.
.
Ramai pelajar yang rasa fizik subjek yang susah kerana mereka tidak suka dengan soalan melibatkan pengiraan dalam fizik. Yela, kadang-kadang tu mereka tak tau nak ambil formula yang mana.Selain tu, ada juga formula yang tidak diberi dan pelajar perlu ingat.
Betul ke soalan fizik SPM banyak sangat soalan mengira?
TIDAK sebenarnya.Contohnya di dalam kertas 1, soalan yang melibatkan pengiraan TAK PERNAH lebih daripada 10 soalan.
Jika di kertas 2, beberapa soalan dari 8 soalan di bahagian A, dan soalan dibahagian C sahaja yang melibatkan pengiraan.
Jadi soalan melibatkan pemahaman konsep lebih banyak berbanding pengiraan.
.
2. JANGAN RISAU DENGAN FORMULA YANG PERLU DIHAFAL ATAU INGAT.
.
Kebanyakkan formula sudah diberi di dalam senarai formula yang diberikan di muka hadapan soalan kertas 1 dan kertas 2.
Cuma beberapa sahaja formula yang perlu DIKETAHUI bagaimana ia wujud atau perlu DIHAFAL dan DIFAHAMI cara penggunaanya.
.
Contohnya formula bagi F=ma untuk soalan yang melibatkan daya. Pelajar perlu faham tentang daya seimbang dan tidak seimbang kerana formula ini hanya untuk daya tidak seimbang.
.
Jadi BERAPA BANYAK FORMULA yang perlu diingat dan SELALU keluar?
Kenalah join POT kalau nak tau????
.
3. STUDY SEMUA BAB.
.
Topik dalam subjek fizik PALING sikit berbanding topik-topik bagi subjek sains yang lain seperti Kimia dan Biologi.
.
Hanya ada 5 topik form 4.
Hanya ada 5 topik form 5.
Hanya 10 bab sahaja yang pelajar belajar dalam fizik SPM.
.
Yang bestnya, semua BAB ni akan keluar.Selalunya di dalam kertas 1 Fizik SPM, soalan juga disusun mengikut bab.
.
4. MANTAPKAN ILMU MATEMATIK
.
Hasil dari dapatan kami, masalah pelajar dalam subjek fizik adalah berpunca dari “kurang cekap” dalam ilmu asas matematik.
.
Pelajar perlu mahir beberapa topik matematik terutamanya Algebra, persamaan linear, nisbah kadaran (ratio) dan juga persamaan serentak.
.
Jika topik-topik ini pelajar kuasai, inshaAllah tak susah pun nak skor dalam fizik.
.
.
Nak dapatkan lebih banyak tips?
Jangan lupa join #physicsotherapy