Baru-baru ini saya berkongsi di page facebook yang pada tahun ini bumi berada pada kedudukan jarak paling jauh dari matahari di dalam orbit bumi yang berbentuk elips iaitu Aphelion pada Jumaat,5 Julai yang lalu. ( (Hukum Kepler Pertama)
.
Ada yang bertanya, apa signifikan bila bumi berada jauh dan dekat lebih dekat dengan matahari?
.
Apabila bumi berada di Aphelion kelajuan linear bumi mengorbit Matahari menjadi lebih perlahan dengan anggaran 29.29 km/s manakala apabila bumi berada pada jejari orbit yang lebih dekat (Perihelion), laju linear pergerakan bumi ialah 30.29 km/s. Kalau dalam SPM, pelajar belajar Hukum Kepler kedua dan mengira laju linear.
.
Daya graviti dan daya memusat ke atas bumi dan matahari juga berbeza apabila jejari orbit berubah. semakin jauh, semakin rendah nilai laju linear,daya graviti dan daya memusat.
.
.
Apabila kita sebut TEMPOH ORBIT, kita merujuk kepada masa yang diambil oleh bumi untuk mengelilingi Matahari. Masa yang di ambil untuk bumi mengorbit matahari ialah 365.25 hari. Inilah rujukan bagi Kalender Gregorian yang kita pakai iaitu Januari hingga Disember. Kalau kita ambil nilai lebihan 0.25 hari setiap tahun didarab dengan 4 = 1 hari. Maka 1 hari tambahan ini diletakkan di bulan Februari setiap 4 tahun yang kita panggil tahun lompat.
.
Untuk Kalender Hijrah atau takwim Qamari (Qamar ialah bulan), ia merujuk kepada pergerakan Bulan mengelilingi Bumi.
Kita pun baru sahaja menyambut Bulan Muharram berdasarkan melihat anak bulan (rukyah) atau kiraan (hisab).
.
Kalendar islam adalah mengikut fasa bulan. Tempoh bulan mengelilingi Bumi lebih singkat iaitu 354 atau 355 hari sahaja setahun.
Sebab itulah bulan Islam bergerak sekitar 10-12 hari lebih cepat jika dibanding dengan kalendar Jan-Dis.
.
.
Dari segi perubahan cuaca, ia tidak ada impak yang signifikan kerana perubahan musim adalah disebabkan PUTARAN BUMI di atas paksinya.
Perlu kita fahami, sambil bumi mengorbit, bumi turut berputar di atas paksinya.
.
Tempoh putaran bumi ialah 24 jam sehari. Inilah yang menghasilkan siang dan malam.
.
Namun, paksi bumi berputar mempunyai sudut condong sebanyak 23.5 darjah. Maka bahagian Utara dan selatan bumi akan menerima lebih banyak sinaran matahari sepanjang tahun pada waktu berbeza.
Apabila hemisfera utara menerima lebih cahaya matahari, maka musim panas berlaku dan hemisfera selatan mengalami musim sejuk. (antara Jun hingga september)
.
Apabila bumi mengorbit matahari menyebabkan hemisfera selatan lebih dekat dengan matahari, maka hemisfera selatan mengalami musim panas dan hemisfera utara pula mengalami musim sejuk. (antara Disember hingga Mac)
.
Sekitar hujung Mac , kedua-dua hemisfera akan mengalami jumlah waktu siang dan malam yang hampir sama. Utara mengalami musim bunga, selatan mengalami musim luruh.
.
Sekitar hujung September, utara mengalami musim luruh, dan selatan musim bunga.
.
Boleh la plan kalau nak travel oversea melihat musim bunga dan musim luruh di kawasan mana yang sesuai.
.
.
Oleh kerana Malaysia berada hampir dengan garisan khatulistiwa, keamatan cahaya atau intensiti cahaya matahari hampir konsisten sepanjang tahun. Cuaca di Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh pergerakan angin monsun.
.
Kita sedang rasa cuaca yang lebih sejuk ketika ini bukan kerana kedudukan di Aphelion tapi kerana sedang musim Monsun angin Barat daya.
.
.
Buat pelajar cikgu, korang boleh cuba mengira.
1. laju linear bumi mengelilingi matahari di Perihelion dan Aphelion.
2. Daya memusat antara bumi dan matahari di Perihelion dan aphelion.
3. Daya graviti antara bumi dan matahari di Perhelion dan Aphelion.
.