Tahun 2017, tahun pertama fokus kepada Physics-O-Therapy. Tahun pertama juga cuba-cuba nak bawa program ini ke sekolah.
.
Bengkel Physics-O-Therapy sambung sampai malam
.
Akhir Disember 2016,hati dah mula nekad nak jalankan Physics-O-Therapy sepenuh masa. Alhamdulillah, Allah bukakan jalan untuk kami apabila seorang guru di SMTKL sudi untuk mewawarkan program ini ke panatia Fizik. Namun, pesan beliau.
“jangan letak harapan ye, selalu orang luar datang nak promote program, tapi sekolah tak minat.. Tapi cubalah mana tahu rezeki” Benar, jika tetulis rezeki kami, inshaAllah
.
Januari 2017,kami terima berita gembira. Kami diminta datang ke sekolah untuk buat sedikit presentation kepada pihak panatia yang terdiri dari 6 orang guru Fizik, dan ada antara mereka adalah guru pakar..
Alhamdulillah,guru-guru panatia suka dengan konsep yang kami bawakkan.
.apa yang kami tekankan, kami tidak menganti tugas guru, kami Cuba Saling melengkapi.
“kami bukan bantu cara menjawab, hanya buka minda pelajar tentang fizik SPM. Cuba bantu mereka faham nak jawab apa”
.
Beberapa hari kemudian,kami di panggil sekali lagi, kali ini kami perlu lakukan presentation pada pihak Pengetua pula dan Alhamdulillah pengetua juga bersetuju.
.
Pada tahun 2017,kami jalankan 4 kami bengkel Physics-O-Therapy di SMTKL.
. “
Pada tahun 2018 pula, kami di panggil untuk menjankan kelas tuisyen pada Setiap rabu malam untuk pelajar-pelajar perempuan yang result asal mereka sederhana dan lemah.
Keputusan SPM baru-baru ini menunjukkan peningkatan kepada pelajar-pelajar yang saya temui. Alhamdulillah
.
Tahun ini sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak PIBG dan sekolah untuk menjalankan kelas Setiap rabu malam. Bezanya tahun ini bersama group lelaki pula.
.
Tahun ke 3 bakal berbakti di sini.
SMTKL semakin dekat dihati.