Dalam kelas #onlinepot #physicsotherapy semasa fasa pertama PKPP, saya gunakan televisyen 42 Inch sebagai skrin kedua.
.
Tapi yang menjadi masalah adalah, walaupun dah rendahkan “brightness”, mata akan rasa tak selesa selepas kelas.Rasa berair mata dan pedih. Mungkin kerana terdedah dengan cahaya dari skrin dalam masa yang lama. Setiap sesi kelas mengambil masa 1 jam setengah. Ketika itu, hampir setiap hari ada 4 kelas dalam talian. Maka, jumlah masa menghadap skrin, minimum ialah 6 jam. Itu belum lagi campur masa untuk sesi editing video.
.
Jadi kali ni, saya hanya gunakan phone sahaja sebagai skrin kedua. Walaupun lebih kecil, tetapi dapat kurangkan kepedihan mata.
.
Penting ke skrin kedua?
.
Penting. Skrin kedua ni tujuannya adalah untuk membantu kita melihat sesi pembelajaran dari sudut pandang pelajar. Antara perkara yang nak dielakkan apabila menggunakan skrin kedua ialah dapat mengenal pasti sekiranya masalah “lag” timbul. Kita dah terangkan sesuatu, tapi dekat skrin belum keluar lagi.
.
.
Kenapa pakai webcam sedangkan Surface Pro dah ada webcam?
.
Sebab sudut pandang webcam pada peranti Surface Pro akan jadi mendongak apabila menulis. Jadi perlukan webcam tambahan yang fokuskan pada kita yang sedang mengajar. Pelajar dapat melihat kita pada sudut yang lebih baik. Mungkin ada yang rasa, tidak penting. Namun gerak tubuh kita ketika mengajar pun membantu pemahaman pelajar. Saya memilih Webcam dari jenama Logitech C92. Kualiti gambar HD dan puas hati.
.
Mikrofon pula?
.
Untuk kelas dalam talian, selain dari clip microphone, (saya ada clip microphone jenama BOYA– dibeli dengan harga RM60) saya menggunakan Microphone HyperX Quad Cast. Saya pilih jenama ini berbanding pelbagai jenama lain adalah kerana microphone ini mudah untuk di “mute”kan. Hanya perlu sentuh bahagian atas microphone sahaja untuk mute. Apabila lampu merah mikrofon menyala, itu bermakna ON. Apabila lampu tidak menyala, itu bermakna OFF..
Jadi kalau anak-anak tiba-tiba masuk bilik menangis ke,kita boleh mutekan microphone dengan pantas. Takdelah pelajar kita dengar suara kita tengah pujuk anak menangis
.
Banyak lagi tip lain saya kongsikan dalam ebook saya: Pembelajaran dalam talian: 9 elemen membina pembelajaran berkesan
nak baca lebih banyak?
boleh dapatkan di www.cikguajwad.com/bookstore