Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Hal ini penting, supaya anda tahu dan kita boleh membina objektif yang sama bersama.
1. Objektif program ini adalah membantu pelajar melihat secara “top down approach” topik-topik yang mereka pelajari di tingkatan 4 dan tingkatan 5. Bahasa mudahnya view keseluruhan topik telebih dahulu sebelum fokus kepada setiap subtopik yang ada.
.
2. Untuk SPM, pelajar akan belajar 5 topik di tingkatan 4 dan 5 topik lagi di tingkatan 5. Secara keseluruhannya ialah 10 topik. (boleh rujuk buku anda atau anak anda untuk melihat senarai topik tersebut)
.
3. Untuk itu, program ini dipecahkan kepada 2 siri. Siri 1 topik form 4 dan siri 2, topik form 5.
.
4. Bagi setiap siri, program akan dijalankan selama 2 hari. Oleh itu, untuk melengkapkan program ini, pelajar perlu hadir selama 4 hari secara keseluruhannya dalam 2 siri yang berbeza.
.
5. Untuk membantu pelajar memahami secara keseluruhan subtopik yang mereka pelajari, pelajar akan dibekalkan dengan nota ringkas atau kami panggil simple notes. (boleh rujuk gambar).
.
6. Dari pada nota ringkas ini, pelajar akan melihat overall view secara top down approach. Tenaga pengajar akan membantu menerangkan nota ringkas tersebut sebelum pengajaran satu satu bab itu bermula.
.
7. Kelebihan teknik ini adalah, pelajar dapat melihat bilangan subtopik yang mereka pelajari, dan paling penting berapakah bilangan formula yang wujud dalam setiap bab. Tidak menghafal formula, tidak tahu formula dan kegunaan atau aplikasi formula adalah masalah utama pelajar.
.
8. Selain top down approach, pelajar juga dapat meningkatkan pemahaman melalui solving problem melalui penyelesaian masalah soalan-soalan mirip SPM dan percubaan. Soalan-soalan ini disertakan di dalam buku latihan. (boleh rujuk gambar)
.
9. Soalan di dalam latihan tersebut di susun mengikut subtopik Setiap bab. Soalan yang diberikan bertujuan meningkatkan pemahaman konsep.Latihan yang diberikan merangkumi kertas 1 dan kertas 2 SPM.
.
10. Penceramah dan tutor akan membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan setelah selesai penerangan subtopik bagi soalan tersebut.
.
10. Program dijalankan bermula jam 8.30 pagi sehinga 5.30 petang dengan 3 kali waktu rehat makan. Makanan disediakan.
.
11. Selain dari penerangan dan latihan, pelajar juga akan bermain game berasaskan kuiz melalui KAHOOT atau Plickers. Soalan yang disediakan di dalam kahoot dan Plickers adalah soalan pemahaman asas konsep, hukum dan prinsip fizik.
.
12. Sesi game kahoot akan dijalankan setelah selesai setiap bab. Selain memberikan keterujaan dan mengembalikan semangat pelajar, ianya juga digunakan oleh pihak kami untuk mengukur tahap kebekersanan pembelajaran melalui report keputusan yang Kahoot keluarkan.
.
13. Nota yang diberikan adalah bewarna penuh. Hal ini memberi keterujaan kepada pelajar untuk membaca dan juga membantu meningkatkan pembelajaran dari segi visual setiap pelajar.
.
14. Pengajaran disampaikan dengan menggunakan tools yang dikenali sebagai digital ink.
.
15. Dengan penggunaan digital ink, pelajar juga akan ditunjukkan dengan visual-visual atau video berkaitan konsep fizik yang dipelajari. (untuk memahami apa itu digital ink, boleh rujuk video di bawah)
.
16. Demonstrasi ekperimen-eksperiment mudah juga akan dijalankan. Para pelajar juga dapat mencuba sendiri secara hand-on eksperiment yang ada.
.
17. Medium penyampaian adalah dalam dwibahasa namun ianya bergantung kepada majoriti peserta.Pelajar yang hadir ke program cuti sekolah datang dari pelbagai latar belakang sekolah. Ada yang belajar dalam bahasa melayu dan ada juga dalam English.
.
18. Nota yang diberikan adalah dalam bahasa melayu atau English. Pelajar boleh memilih bahasa mana yang mereka selesa.Notanya adalah sama, cuma bahasa berbeza.
.
19. Slide presentation yang dipancarkan di hadapan adalah sama seperti nota yang akan pelajar pilih.
.
20. Fokus siri 1 dan 2 adalah membantu pelajar untuk memahami “nak jawab apa?” dan bukannya fokus kepada teknik menjawab. Teknik menjawab juga elalunya telah diajarkan oleh pihak sekolah.
.
Adakah anda sebarang persoalan lain berkaitan program ini? Boleh komen dibawah????
assalamualaikum, saya cikgu sarah… sudah lima tahun tinggalkan dunia pengajaran…. baru abis pengajian di peringkat master dan dipostingkan semula di sek. so byk yg dh lupa ttg ilmu fizik dan kaedah pdpc yg menarik dan berkesan… so sy sgt tertarik dgn kaedah digital ink yg cikgu ajwad guna… de x buat class tuk cikgu2 or harga langganan special tuk kesemua topik or class yg ade? klu dapat hrga special, sy berminat tuk blejar sendri drpd class2 cikgu ajwad..
waalaikumusalam cikgu. tahniah Cikgu kerana sambung pengajian ke peringkat master. Cikgu boleh tonton perkongsian kelas di youtube channel saya dan juga di ruangan video lesson percuma di dalam website ini.