Penting sangat ke dapat result yang cemerlang dalam Fizik SPM ni?
Fizik SPM adalah mempelajari asas, dan asas ini perlu kekal difahami oleh pelajar. jangan terkejut jika ada pelajar yang sudah ke Universiti pun masih menghubungi saya untuk belajar bagamana menukar imbuhan (prefixed) kepada unit asas. Walaupun ianya seperti nampak remeh, namun ianya sangat penting.
.
Contohnya, jika pelajar ada masalah nak tukar dari kilogram, kg ke miligram,mg atau gram, sudah pasti sukatan yang diambil akan salah,
.
1. KEMASUKAN KE MATRIKULASI.
.
Matrikulasi adalah antara pintu untuk meneruskan pengajian ke Universiti selain dari program asasi,diploma dan A-Level.
Syarat minimum kelayakan untuk ke Matrikulasi bagi jurusan Sains adalah sekurang-kurangnya mencapai gred C dalam subjek bahasa Melayu, English, Kimia, Fizik atau biologi dan matematik Tambahan selain perlu mencapai gred B dalam matematik.
(boleh rujuk www.moe.gov.my)
.
Pemilihan ke matrikulasi ini adalah berdasarkan meritokrasi. Senang kata ikut gred kelayakan jugak. Kalau ramai yang berjaya dapat keputusan cemerlang, kuranglah peluang untuk pelajar yang sekadar capai credit. Jadi, tak kan nak anak anda capai syarat minimum je kan?
.
2. FIZIK SPM ADALAH ASAS UNTUK MENGUASAI SUBJEK FIZIK MATRIKULASI.
.
Tak banyak topik Fizik yang dipelajari di peringkat matrikulasi berbeza dengan topik SPM.
Antara perbezaan utama adalah , akan ada lebih banyak hubungkait antara matematik dengan konsep Fizik.
.
Selain tu, pelajar tidak lagi dibekalkan dengan senarai formula waktu test atau peperiksaan Fizik di matrikulasi.
.
Contoh hubungkait lain, Dalam SPM topik 2 form 4:daya dan gerakan,pelajar hanya belajar asas gerakan linear (lurus). Di Matrikulasi, pelajar masih belajar berkaitan gerakan dan ditambah dengan circular motion.
Ada pelbagai lagi contoh dari bab lain sebenarnya.
.
Selain tu, topik addmath SPM seperti index dan logarithms, pembezaan(differentiation) dan pengamiran (integration) perlu dikuasai sebab dalam Fizik matrikulasi,pelajar akan mengaplikasi balik topik-topik ini.
.
Semoga penulisan ini membuka minda Berapa PENTINGNYA untuk anak anda bukan sahaja SKOR, tetapi FAHAM dalam Fizik SPM.
.
inilah yang kami tekankan dalam #physicsotherapy. Fokus kepada membina minat dan kefahaman.Result yang cemerlang akan menyusul.
.