PELUANG BINA PENGALAMAN.
.
banyak pengalaman aku dah kumpul dari pelbagai sudut dalam 18 tahun jadi tutor ni.
.
Waktu mula² dulu rasa struggle kumpul bahan mengajar, belajar berinteraksi dengan parent dan pelajar, meletakkan harga, pengurusan masa,pedagogi etc.
.
antara pengalaman dan langgar dinding yang pernah rasa:
.
1.Aku pernah merasa sukarnya mengajar pelajar yang taknak belajar. Puas fikir pelbagai cara.
.
2. Ada parent yang marah result trial anaknya gagal hanya selepas satu kelas dengan anak mereka. Mungkin ingat kelas aku ni magic boleh ubah terus result anak dia gagal jadi A dalam 1 kelas.
.
3.Hampir kena curi telefon dengan seorang pakcik cina yang berlakon kononnya nak ambil kita mengajar anak dia seramai 3 orang di KL sentral.
4.Kena tahan sekali dengan mat rempit lepas balik dari mengajar tuisyen.
.
5.Mengajar pelajar A level yang bersekolah di UK namun terpaksa pulang belajar disini sementara disebabkan kesihatan ayahnya.
.
6.Handle seminar Physics yang pertama secara suka-suka sehinggalah munculnya Physics-O-Therapy.
.
7. Dengan modul #physicsotherapy , masuk pertandingan inovasi pendidikan dan menang anugerah platinum.
.
8. Dijemput mengajar pelajar -pelajar bijak di sekolah-sekolah berasrama penuh dan MRSM, permata Pintar etc.
.
9. Hampir seluruh semenanjung dah pernah pergi untuk penuhi jemputan #physicsotherapy. Kecuali Terengganu.
.
9. Dulu urus semua order manual dari Rumah. Berdua dengan isteri packing buku, jawab wasap, masukkan pelajar dalam list guna excell. Sekarang urusan rutin dari Website cikguajwad.com
10. Bermula dengan sewa event space orang. Selepas 3 tahun buat event space sendiri dinamakan #hallistic.
.
.
dan macam-macam lagi pengalaman yang tak singgah di kepala pagi ni.
.
.
saya teringat pesan guru saya.
“orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain”
.
jika saya dan team kami sahaja yang mengajar modul Physics-O-therapy, kami tak dapat nak memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar yang Physics ni senang.
.
Jadi kami mencari orang yang komited untuk belajar dari pengalaman-pengalaman kami dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
.
Buat lepasan pendidikan Fizik, atau kepada sesiapa yang berminat, Jom bernaung dan sama-sama bina pengalaman baru dengan Kami