Cerita yang saya nak tulis ni, kisah benar dan saya rasa “legend”.
Kenapa?
.
Sabar.belum cerita pun lagi.
.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh ibu pelajar bernama Aiman. Kata ibunya, Aiman tak pernah score subjek Physics tapi selalunya dapatlah lulus.
.
Jadi ibunya ambil peluang hantar Aiman untuk join bengkel Physics-O-Therapy siri 1 dan siri 2, topik form 4 dan topik form 5 dengan niat nak bagi anaknya minat subjek Fizik. Alhamdulillah, Aiman suka dengan konsep kelas POT dan dah mula faham konsep-konsep yang ada dalam Fizik SPM.
Selepas seminar, bila maknya nak hantar Aiman ke pusat tuisyen, aiman kata tak perlu. Dah faham dah lepas join seminar.
.
Walaupun Aiman kata dia faham konsep, tapi keputusan peperiksaan percubaan Aiman membimbangkan ibunya. Aiman hanya berjaya mendapat gred C.
.
Mulalah ibunya risau. Masa semakin suntuk, SPM semakin hampir.
.
Disebabkan Aiman tak nak pergi ke kelas tambahan, maka si ibu ambil keputusan untuk minta saya datang ke rumah mengajar.
.
So apa yang legend?
Yang legend adalah mak dia panggil 4 HARI SEBELUM SPM paper Fizik SPM
.
Boleh jatuh reputation kalau tak berjaya bantu untuk dapat result yang lebih baik.
.
Dengan jadual saya yang memang sedia padat serta sikap tak pandai nak kecewakan orang lain, maka pergilah mengajar Aiman dan beberapa lagi orang kawan di rumah beliau 4 HARI SEBELUM paper Fizik SPM.
.
Aiman ni mudah je diajar, sebab banyak konsep fizik yang dia dah faham sebab dia jadi minat lepas join program Physics-O-Therapy.
Tapi ada satu part yang hilang, iaitu teknik memahami dan menjawab soalan.
.
So untuk 4 kelas sebelum paper fizik SPM,apa yang perlu dibuat hanyalah drill balik pemahaman, formula dan konsep serta teknik nak dapat markah sebaiknya.
.
Alhamdulillah.
Result Aiman ada peningkatan.
tapi peningkatan ini bagi kami luar biasa.
.
Result Aiman semalam, A+ !
.
Lagi legend, daripada bilangan 5A yang dia dapat, hanya Physics A+.
.
Tahniah Aiman.
Kisah ini adalah kisah SPM2016
Sekarang ini Aiman sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan di Jepun