Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengubah lanskap pendidikan negara, Tidak terkecuali juga bidang pendidikan sokongan seperti “tutoring” dan tuisyen.
.
Kelas sebelum ini dihadiri secara fizikal terpaksa berpindah ke alam maya, satu norma baru dalam pendidikan.
.
Jika sebelum ini kita skeptikal terhadap “kelas online”, tanpa kita sedar kita sendiri semakin boleh menerima norma baru ini.
.
Penangguhan Program, kelas mingguan dan kelas berkala sudah semestinya memberikan impak yang besar terhadap pendapatan sebagai tutor. Hal ini juga turut menjejaskan pendapatan team kami.
.
Selain itu, proses renovasi pejabat kami dan bilik seminar khas dilengkapi dengan alatan untuk aktiviti hands on juga tergendala. Ini antara kos terbesar yang kami perlu tanggung akibat PKP.
.
Jadi kami amat berterima kasih kepada pihak ibu bapa yang membayar yuran penuh. Ada juga ibu bapa berdegil untuk membayar yuran penuh bagi bulan 4 walaupun tidak ada kelas yang dijalankan. Polisi kami, bayaran hanya dihitung mengikut jumlah kelas.
.
.
Untuk makluman, sepanjang tempoh PKP kami telah menjalankan sebanyak
16 kelas Fizik percuma.
40 kelas Online mengikut topik (22-30 mac 2020).
12 kelas untuk latihan menjawab soalan kertas 1 F4 dan f5
(7-12 April 2020)
26 kelas ulangan topik terpilih
(14-23 April 2020)
Untuk PKP4, kelas bulan Mei 2020, kami akan adakan sebanyak 9 kelas sahaja. 1 kelas sahaja sehari. (Mengikut gambar di dalam jadual)
.
.
Setakat ini, kami tidak menggantikan kelas fizikal dengan kelas atas talian. tidak ada kelas khusus untuk group-group pelajar di BJ, TPP atau di seksyen 9. Kami mengasingkan kelas fizikal dengan kelas atas talian.
.
Kekangan dari segi masa anak- anak yang terikat dengan kelas online sekolah, jaringan internet yang mungkin tidak stabil di tempat pelajar, kurang fasiliti dari segi intenet telefon dan laptop yang perlu dikongsi adalah antara kenapa kami tidak menggantikan kelas fizikal yang ada sebelum ini dengan kelas atas talian khusus.
.
.
Namun, tuan puan serta pelajar yang disayangi sekalian, BOLEH memilih untuk mengikuti kelas Online yang kami rancang mengikut jadual yang telah kami sediakan.
.
Ada kelas yang kami jalankan secara percuma. Untuk kelas percuma, boleh join:
t.me/onlineclassPOT
.
Ada Kelas yang kami jalankan secara berbayar. Untuk kelas berbayar boleh lihat jadual di website kami:
https://www.cikguajwad.com/programs/
.
Pembelajaran untuk kelas Online adalah secara per sesi. Setiap sesi kami telah rancang dengan topik yang akan dibincangkan.
.
Kelas secara atas talian lebih menjimatkan
.
.
Sebelum ini, tuan puan mengeluarkan perbelanjaan yuran bulanan rm100 untuk kelas mingguan (di Bukit Jelutong & seksyen 9,Shah alam) serta kelas berkala 2 kali sebulan di TPP untuk kelas selama 5 jam (4 sesi)
.
.
Kelas Online pula, tuan puan hanya mengeluarkan rm80 untuk 4 sesi dan berdurasi 6 jam.
.
.
Selain itu, pembelajaran yang sepatutnya dirancang selama 4 kelas sebulan dapat dipendekkan kepada 4 hari sahaja.
.
.
Dalam setiap sesi, para pelajar belajar dari rumah masing-masing. jadi tidak ada masalah kurang fokus disebabkan rakan sekelas mengganggu atau bising.
.
.
Pelajar perlu lebih produktif untuk bertanya. Tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana pelajar lain tidak dapat melihat siapa yang bertanya. jadi ambil peluang untuk bertanya.
.
.
Pembelajaran secara online juga direkodkan dan boleh ditonton semula melalui link YouTube yang akan kami emailkan pada yang mendaftar.
.
.
Selain kelas online, anak-anak murid kesayangan juga boleh menonton 234 video pengajaran yang telah sedia kami muat naik di YouTube channel kami sepanjang 2 tahun yang lalu. Ianya adalah percuma. Ini adalah antara usaha yang boleh dilakukan dan dapat mengurangkan beban kewangan.
.
.
Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan pelajar yang menyokong usaha kami dan sudi untuk Join kelas Fizik Online yang kami adakan.
.
Dari pihak kami, kami memohon maaf sekiranya merasakan kami tidak serius membantu anak-anak tuan puan apabila kami tidak menjalankan kelas secara khusus