Bila belajar Fizik, ramai yang fokus kepada menghafal daripada memahami.
.
Saya kurang setuju bila anak yang diminta untuk baca buku, dan fahami sendiri konsep Fizik, kemudian terangkan kepada kelas tanpa guru menerangkan terlebih dahulu konsep tersebut.
.
Jadi mereka sekadar menghafal persamaan, definisi dan maklumat yang pelajar rasa penting.
.
Ini tidak membantu meningkatkan pemahaman. Terutama dalam masa yang semakin suntuk.
.
Bila pemahaman pelajar salah, lebih sukar untuk dibetulkan dan mengambil masa lebih lama untuk dibetulkan.
.
Masa makin suntuk, rancanglah sesi PDP dengan lebih baik.