“KALAU KORANG BOLEH DROP NAK DROP SUBJEK APA?”
.
Tadi sebelum kelas bermula, terdengar perbualan beberapa pelajar tentang subjek SPM apa yang mereka akan drop jika dibenarkan.
.
“aku drop sejarah kot, macam takde function je learn about past. Kita hidup zaman sekarang, past is past”
.
“kalau aku pulak, aku drop agama.. Kenapa orang nak judge tahap agama aku dari atas kertas wei, lagipun nanti bukan orang tengok pun result agama pun bila nak ambil kerja”
.
Aku mencuri dengar perbualan mereka penuh minat. Sebagai pendengar yang baik, aku hanya mendengar tanpa terus menilai. Aku memandang kearah mereka dengan senyuman.
.
Mereka senyap menanti respond dariku.
“kenapa cikgu?”
.
Sebenarnya…
Korang rasa macam tu sebab korang hanya nampak, kena belajar untuk skor exam.
.Sedangkan menuntut ilmu ni tujuannya lebih besar daripada dapat A dalam exam.
.
Bila kita belajar sejarah, kita belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang kita sedang kecapi sekarang. Kita juga belajar untuk menerima sudut pihak lain tentang satu peristiwa. Sebab dalam setiap kisah, ada pandangan-pandangan berbeza dari pelbagai pihak.
.
Bila kita belajar pendidikan Islam, bukan untuk dapat A dalam exam.
Belajar agama supaya kita lebih mengenali pencipta kita. Lebih memahami tujuan kita sebagai Khalifah di bumi. Dapat bantu kita tingkatkan asas-asas fardhu Ain dan ibadah yang kadang-kadang ibu bapa kita tak pernah ajarkan pun. Selain itu, dapatlah juga kita memahami sejarah-sejarah penting dalam agama Islam.
.
Menuntut ilmu ni, janganlah hanya melihat perkara tersirat seperti dapat A dalam exam,lihat jugalah tersuratnya. Kerana yang tersurat kesannya hanya akan dirasai bila anda mula menghargai.