Jika anak anda tahun ini di tingkatan 4, dan gagal peperiksaan penggal pertama, tolong jangan panik.
Kebanyakkan sekolah baru sahaja selesai peperiksaan penggal pertama bulan Mac ni.
.
Kebanyakan peperiksaan penggal pertama hanya cover sehingga bab 2 iaitu Daya dan gerakan. Melalui feedback daripada pelajar saya, kebanyakkan sekolah hanya menyediakan soalan yang merangkumi bab 1, Pengenalan Fizik sehingga 2.2 Bab Graf gerakan.
.
Tuan puan,
Bab 2 ni adalah bab yang paling panjang dan setiap konsep yang anak anda belajar berkait antara satu sama lain.Selain itu, ini juga bab paling banyak formula. Untuk pelajar yang tidak suka matematik, bab ini sering menjadi masalah dan selalunya pembunuh minat terhadap Fizik
.
“Jadi kenapa anak saya gagal?”
.
1. Anak anda tidak menguasai dan memahami sepenuhnya perbezaan antara jarak dan sesaran, laju dan halaju dan juga pecutan
.
Memahami halaju akan membantu pelajar memahami momentum,prinsip keabadian momentum.
Memahami pecutan pula, akan membantu pelajar memahami Daya.
Memahami halaju dan pecutan, membantu pelajar memahami dsya impuls.
Memahami daya,membantu pelajar memahami kerja dan juga tenaga.
.
Adakah anak anda nampak perkaitan antara satu subtopik dan subtopik yang lain?
.
2. Anak anda tidak menguasai unit bagi setiap kuantiti.
.
Cuba tanya mereka, apakah unit bagi halaju,pecutan,momentum, daya dan daya impuls. Mengenali unit adalah step penting dalam memahami situasi yang diberikan seterusnya untuk memilih formula yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.
.
3. *Anak anda tidak memahami formula berkaitan*.
.
Ada pelajar yang tidak menguasai simbol bagi setiap kuantiti fizik. Contohnya S untuk sesaran. Simbol u untuk halaju awal, v untuk halaju akhir dan a untuk pecutan. Jika tidak memahami simbol, susah untuk pelajar memahami formula.
4. *Anak anda ada masalah dalam algebra*.
.
Apabila melibatkan soalan berkait dengan formula dan pengiraan yang melibatkan algebra,pelajar tidak pandai untuk menyusun semula persamaan untuk mencari nilai yang diminta.
.
5. *Percaya cakap senior yang fizik ni susah*.
.
Jenis yang no 5 ni kena tarbiah sikit. Yang percaya senior yang memang selalu fail malas berusaha tu buat apa. Contohilah pelajar yang rajin dan tidak beralasan.
.
.
Nak dapatkan lebih tips?
rajin-rajinlah bukak blog kami ni =)