Bentuk ini bukan dipilih atas dasar rekaan semata-mata.
Ianya dipilih kerana konsep TEKANAN.
.
Sebelum cermin kapal terbang berbentuk seperti di dalam gambar, kapal terbang juga menggunakan cermin berbentuk petak sama seperti kebanyakan tingkap di rumah.
.
Namun apabila kapal terbang terbang lebih tinggi, perbezaan tekanan di luar dan dalam kapal terbang akan lebih tertumpu kepada bucu cermin petak tersebut dan menyebabkan ianya pecah.
(tekanan di dalam kabin lebih tinggi dari tekanan atmosfera di luar).
.
Selepas 2 buah kapal terbang terhempas dan kajian punca dilakukan,barulah punca ini dikenalpasti dan cermin petak ditukarkan dengan berbentuk oval/bulat
.
So, lepas ni kalau duduk sebelah awek dalam kapal terbang, boleh lah korang gunakan ayat ni nak mulakan perbualan.
.
“awak tahu kenapa cermin ni bentuk oval?”
.