Dalam menyampaikan ilmu, ada objektif yang ingin kita capai.
Dalam menyampaikan sesuatu ilmu, yang penting adalah ilmu itu dapat sampai diterima dan difahami oleh pelajar.
Murid akan seronok untuk belajar kalau mereka faham.
.
hand-on, project base, dan menjawab soalan, itu semua adalah cara penyampaian sesuatu ilmu.
.
Ada pihak yang menyalahkan exam memberi tekanan kepada pelajar. Sedangkan punca utama adalah mereka tidak seronok belajar perkara yang mereka tidak faham.
Exam tak salah sebenarnya kerana exam merupakan salah satu cara evaluasi (evaluate) kefahaman pelajar.
.
Guna lah apa cara sekali pun dalam menyampaikan ilmu, digital ink ke, project base ke, inquiry base, project presentation atau sebagainya, jika objektif yang nak disampaikan tak berjaya atau tidak difahami, maka ianya adalah cara yang gagal.
.
Jangan disalahkan cara. Gunalah apa sahaja cara asalkan objektif penyampaian itu diterima.
.
Jangan kita jadi pentaksub sehingga rasa cara kita sahaja betul, cara lain adalah salah????
.
#physicsotherapy