“Kalau kami nak jemput cikgu untuk adakan bengkel di sekolah, cikgu kira macam mana ya?”
Untuk bengkel di sekolah, kami akan caj per pelajar RM 50.
Setiap pelajar akan menerima 3 Buah buku yang jumlah harganya melebihi Rm50.
Namun begitu, ada yang rasakan nilai ini adalah mahal.
Jika bilangan pelajar di sekolah tersebut ialah 100 atau 200 orang pelajar, jumlah kos agak besar juga.
Contohnya, sekolah yang ada pelajar sehingga 200 orang, kos yang dikeluarkan adalah RM10k. Berbaloi kah mengeluarkan kos sebanyak ini?
“boleh tak kami fotostat je bahan cikgu tu? Jimat sikit”
.
Bahan yang kami bagi, 2 daripada 3 bahan atau buku tersebut adalah berwarna penuh. Nota ringkas rangkuman setiap bab dan buku nota adalah berwarna penuh. Tujuan ianya dibuat berwarna adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang lebih mudah untuk faham melalui visual. Jika nak fotostat warna, kos akan jadi lebih mahal. Jika fotostat hitam putih, ianya tidak akan mencapai objektif.
Bagi pelajar dari golongan asnaf atau kurang berkemampuan, pihak kami boleh bantu mencari dana tajaan untuk anak-anak ini.
.
Ramai ibu bapa hebat dalam database kami yang sudi menyumbang Rm50 bagi menampung kos bahan pelajar-pelajar ini seperti yang kami pernah buat untuk program #physicsotherapy di Kelantan sebelum ini. 2 kali kami ke Kelantan tahun ini dengan jumlah pelajar ialah 200 orang.
Apakah pula sumbangan kami?
.
Kami akan datang dengan membawa ratusan buku tersebut tanpa sebarang caj pengantaran, kami datang dan jalankan bengkel dari pagi hingga petang, dan kalau request boleh juga sampai malam. (bengkel seharian), kami akan bawa juga rakan-rakan tutor untuk membantu pelajar ketika sesi membuat latihan.
.
Jika projektor di sekolah tuan puan sudah lama dan belum digantikan mentolnya menyebabkan apa yang dipancarkan ke skrin berwarna kuning, jangan risau kami juga akan sedia bawa projektor kami dan sekali lagi tidak ada sebarang caj.
.
Selain itu, pelajar masih boleh mengulangkaji melalui access ke Channel Youtube kami. Penerangan nota dan bahan ada di dalam channel tersebut. Selain itu ada juga support group melalui telegram.
.
Jadi jika kami memikirkan keuntungan, lebih baik kami hanya jual modul seperti biasa. Tidak perlu kami ke sekolah untuk jalankan bengkel.
.
Cuma kami suka adakan bengkel di sekolah kerana lebih ramai yang akan mendapat manfaat dan semoga usaha ini menjadi ladang pahala buat kami.
Rm40 jadi ler????
assalamualaikum cikgu. boleh ke kalau kelas saya 14 orang murid? saya tak faham fizik dari form 4 hingga sekarang. cikgu pun baca buku teks je sekarang 🙁
boleh je inshaAllah .sekolah mana tu