Dalam bab ELEKTRONIK, antara topik yang selalu pelajar “confius” ialah susunan Light Dependent Resistor (LDR) dan pada waktu bilakah LED atau mentol dalam litar tersebut akan menyala. Sama ada pada waktu cerah dan gelap.(siang atau malam)
.
Dalam bahasa Melayu, ringkasan untuk LDR ialah PPC.
.
Light Dependent Resistor (LDR)
Perintang Peka Cahaya (PPC)
Tidak seperti perintang tetap yang rintangannya tidak boleh berubah, rintangan bagi LDR atau PPC bergantung kepada “kecerahan” cahaya atau keamatan cahaya (intensity of light) dan susunan LDR atau PPC tersebut di dalam litar, sama ada ianya diletakkan di bahagian atas atau bawah. (boleh rujuk lukisan skematik)
Dalam lukisan skematik seperti yang ditunjukkan di atas, LDR berada di BAWAH.
apabila LDR di bawah, ianya akan membuatkan LED menyala apabila GELAP atau “intensity” cahaya RENDAH.
Apabila keamatan cahaya rendah (gelap), rintangan pada LDR tinggi, lebih banyak arus akan mengalir melalui tapak transistor berbanding mengalir melalui LDR. Arus tapak yang mengalir melalui Transistor cukup untuk menghidupkan atau “turn on” Transistor tersebut.
Apabila transistor dah berjaya dihidupkan, barulah arus yang mengalir melalui LED dapat melalui transistor dan melengkapkan litar. Jadi, LED pun menyala.
Jika LDR berada di ATAS
Apabila keamatan cahaya tinggi (cerah), rintangan pada LDR rendah, lebih banyak arus akan mengalir melalui LDR dan seterusnya melalui tapak transistor berbanding mengalir melalui perintang di bawah. Arus tapak yang mengalir melalui Transistor cukup untuk menghidupkan atau “turn on” Transistor tersebut.
Apabila transistor dah berjaya dihidupkan, barulah arus yang mengalir melalui LED dapat melalui transistor dan melengkapkan litar. Jadi, LED pun menyala.
So di sini saya share video bagaimana LED menyala apabila kecerahan cahaya malap.
Maaf jika tak nampak malap sangat. Effect camera