Beza nilai pecutan graviti.
.
Silibus Fizik hingga tahun 2020 dikenali dengan KBSM.
.
Pelajar tingkatan 5 tahun 2020 adalah batch terakhir yang gunakan silibus KBSM.
.
Nilai pecutan graviti yang digunakan dalam silibus tersebut ialah 10 ms-2.
.
Dalam silibus ini, tidak diceritakan yang nilai ini boleh berubah mengikut tempat di muka bumi.
.
.
Kini Pelajar tingkatan 4 menggunakan silibus baru KSSM.
.
Nilai pecutan graviti dalam silibus KSSM ialah nilai yang lebih jujur. Ianya adalah nilai yang diguna pakai di tingkatan 6, A level, matrikulasi, foundation serta asasi.
.
Nilai pecutan graviti yang akan sering digunakan untuk pengiraan ialah 9.81 ms-2.
.
Nilai ini sebenarnya berbeza di tempat berlainan.
Di khatulistiwa nilainya ialah 9.78 ms-2.
Jika di kutub bumi pula 9.83 ms-2.
.
Di dalam bab 3 KSSM, apabila pelajar belajar berkaitan dengan Daya graviti (Gravitational Force), barulah mereka faham kenapa nilai ini berubah-ubah.
.
Hal ini kerana bumi bukanlah berbentuk sfera yang sempurna.
.
Jarak dari pusat bumi ke khatulistiwa, R yang lebih jauh menyebabkan nilai pecutan graviti lebih rendah.
.
Jarak dari pusat bumi ke Kutub,R yang lebih dekat menyebabkan nilai pecutan graviti lebih tinggi.
.