Fizik merupakan salah satu daripada cabang sains. (natural science). Mengikut konteks masa kini, sains tulen ini terbahagi kepada empat cabang utama.
1.matematik
2.fizik
3.kimia
4.biologi.
.
Istilah fizik berasal dari perkataan Yunani, “phusike” yang bermaksud “pengetahuan Alam” yang melibatkan kajian mengenai gerakan objek, ruang-masa, tenaga, Daya etc.
.
Matlamat kajian fizik adalah untuk memahami bagaimana Alam semesta berfungsi.
.
Secara umum ya, fizik melibatkan kajian Alam sekeliling dan sifat fizikal jirim. Kajian fizik melibatkan bagaimana dan mengapa dan hubungkait antara mereka
.
Dalam SPM fokus kita adalah kepada kuantiti fizik-kuantiti yang boleh diukur. Kerana kuantiti yang tidak boleh diukur, dianggap bukan kuantiti fizik.
.
Contoh perkara semulajadi, namun tidak boleh diukur ialah Iman dan kasih sayang. Bukan saja tak boleh ukur, tak boleh diwarisi????
.
Fokus asas bab 1 ialah berkaitan kuantiti asas dan kuantiti terbitan serta unitnya.
Kuantiti asas ada 7 sebenarnya. Tapi jika kita fokus kepada SPM, kuantiti asas dalam SPM dinyatakan hanyalah 5.
Jangan Lupa hafal 5 kuantiti asas ni!
1. Panjang, l (m)., jisim,m (Kg) , suhu, T, time, t dan last sekali arus elektrik.
selain daripada kuantiti fizik yang disenaraikan di atas, contohnya isipadu,luas,daya, momentum etc, itu semua kuantiti terbitan.