Cikgu ajwad adalah pengasas kepada bengkel Fizik SPM yang dikenali sebagai Physics-O-Therapy. Bengkel ini membincangkan tentang konsep, hukum dan prinsip Fizik SPM secara santai dalam gaya bahasa yang mudah difahami pelajar melalui integrasi teknologi dan permainan seperti KAHOOT dan PLICKERS.
Beliau juga pernah ditemuduga untuk program Potret Niaga yang bersiaran di TV3 berkenaan Modul Physics-O-Therapy. Selain itu, beliau juga pernah ditemuramah bagi program MHI berkaitan teknologi pengajaran “Digital Ink” yang digunakan dalam bengkel yang dijalankan. Beberapa artikel beliau tentang tips untuk skor dalam Fizik SPM juga turut disiarkan di dalam portal pendidikan GPS Bestari dan Sinar Harian.
Selain itu, beliau juga sering dijemput untuk mengadakan bengkel serta seminar anjuran pihak luar mahupun pihak sekolah. Antaranya ialah bengkel Percuma anjuran BAC freeschool.
Program Physics-O-Therapy yang diasaskan pada tahun 2015 ini telah membantu ribuan pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam matapelajaran Fizik.