“Anak saya lemah dalam subjek Fizik cikgu,lemah sangat”
Bila kita kata anak kita lemah dalam subjek fizik, apa rujukan kita yang mengatakan anak kita lemah?
Adakah kita sekadar melihat markah peperiksaan semata-mata?
Walaupun markah peperiksaan bukan indikator sebenar tahap pemahaman anak-anak, ia boleh digunakan sebagai alat untuk mencari punca sebenar.
1. MASALAH MATEMATIK
Bahasa fizik adalah matematik. Ada pelajar bila selesaikan masalah,selalu silap mengira.
Mereka kurang mahir membentuk formula persamaan matematik dari masalah fizik yang diberi. Tidak tahu nak plot graf dgn baik etc.
Anda boleh melihat juga pencapaian anak-anak dalam subjek matematik. Jika matematik mereka lemah,subjek fizik juga akan menjadi masalah untuk mereka.
2. SALAH TEKNIK MENJAWAB
Memahami konsep fizik semata-mata tidak menjamin markah yang lebih baik jika teknik menjawab salah. (nak buat macam mana, Malaysia ni banyak sangat fokus kepada teknik)
Selalunya, banyak sekolah akan adakan bengkel teknik menjawab bila mendekati peperiksaan sebenar.
Walaupun teknik menjawab diajarkan menghampiri peperiksaan sebenar, mereka telah menghadapi soalan-soalan mirip sebenar ketika peperiksaan penggal pertama, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Jadi kita perlu juga lihat sama ada anak-anak dapat markah yang rendah tu kerana teknik mereka tidak tepat ke?
3. TIDAK FAHAM KONSEP FIZIK YANG DIPELAJARI DALAM SUBJEK FIZIK.
Ini adalah fokus utama kelas #physicsotherapy kerana pemahaman konsep yang betul, mereka lebih mudah faham kehendak soalan.
Selalunya pelajar yang mempunyai pemahaman konsep fizik yang baik, mereka akan capai gred yg lebih baik.
Masalah kebanyakan pelajar selalunya bukanlah perkara ke 2. Mereka diajar teknik menjawab yang betul. Cuma mereka TIDAK TAHU NAK JAWAB APA?”
Ini adalah masalah no 3. Tidak memahami konsep fizik.
Masalah no 1 juga kita bantu tapi pelajar memerlukan usaha yang lebih untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam subjek matematik.
Buat mereka yang rasa anak lemah dalam subjek fizik, lepas ni bolehlah semak permasalahan sebenar anak anda berdasarkan 3 isu ini.
Semoga sedikit sebanyak membantu.
#physicsotherapy
#fizikspm